Thursday 27 August 2015

Whaddup!

Salam 1 Malaysia.

 This is not a blog about politic. Yea, tapi aku nak jugak selitkan sedikit pasal negara tercinta ini, iaitu Malaysia. Yes, without Malaysia, nenek moyang aku takde tempat nak melahirkan anak cucu cicit dia. Tak wujudlah aku dan juga blog ni. Asalkan update je blog, kata blog ni dah berhabuk, bukan, tangan aku ni yang dah berhabuk. Dah lama tak menaip smpai semua tulang tangan aku dah berkarat.
Jangan kata aku ni berat tulang ye, banyak benda nak dibuat daripada update kat blog ni.

 Makin tua makin banyak tanggungjawab kita. Belum masuk kerja lagi, dah ada jawatan, lagi bertambah tanggungjawab. Sekarang tanggungjawab aku adalah sebagai seorang pelajar dan satu lagi jawatan yang takkan luput iaitu sebagai seorang anak. Jawatan yang aku paling nantikan sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu. Huhu.. Okay! Malas nak cerita pasal cerita jiwang ni, sebab aku dah banyak kali clash dengan crushes. Sekarang aku benci dekat orang yang bagi harapan kosong kat aku. HAHAHA. Kawan aku kata "Jodoh kau ada tu, dia tengah perhatikan, jangan risau" Dalam hati aku jawab, bengong dia tu nak perhatikan aku lama2 buat apa. Tapi sebenarnya, aku tak ready lagi nak mempunyai seorang teman sehidup semati, cehwah. Night still young, enjoy ar bila single ni. Takde la orang nk control kau ke jealous kerana kau ke apa ke. Okay bye.

 Sekarang aku lack of motivation sikit. Dari segi kehidupan dan agama. Orang lain lihat aku macam bahagia, nampak perfect, ke aku yang perasan?. Tapi ye la, kadang2 apa yang aku buat kat dunia ni, aku takut segala kelakuan aku boleh menarik aku ke neraka. Hamik kau, Ye la, sekarang aku rasa aku ni lain macam, tak macam dulu, yang innocent je lebih, nerd, mcam bodoh2 tak tau pasal apa2 pun kat dunia luar ni. Bila kita dah banyak discover banyak perkara, kita dah rasa diri kita ni hebat. Sebenarnya itu yang paling bodoh, paling bodoh dari orang yang bodoh biasa2 je. Dah kenapa aku ni? Contohnya, si polan yang berjawatan besar, baru dapat jawatan tapi belum menyumbang apa2 yang luarbiasa terhdap sesuatu organisasi, dah mula rasa sombong. Hilang.

Sunday 21 September 2014

Begin a New Life



 Yeayy.. in this third semester of Degree in Marketing, i have new goals to be achieved. First, of course wants excellent result, second, as usual improve my English. hahaha . Sebab aku betul2 nak study at oversea. Of course, I choose United Kingdom. Hehehe...

Kenapa nak study kat oversea sebab i was pressured by my cousins yang semua gedik gedik study kat oversea, US la, New Zealand la, Egypt la. Tu gedik gedik tu. Hahahaha..

Kalau nak tau, my plan for the future ialah after I graduate, I nak dapat kerja (Amin ya rabbal amin) then kahwin..(wuuu..) then sambung Master pulak. So I akan ajak hubby I sekali duduk kat UK. Master kat UK tau.. (berangan tahap ntahpape ni) Seriously. Nak sesuatu kita kena usaha kan? Usaha plus Doa. Ada hasilnya InshaaAllah. Lepas habis Master balik Malaysia. Masa tu dah ada baby kot. (Berangannya kau)

Done! Itu je plan aku. Just a plan okay.

Okay, apa yg dimaksudkan dengan New Life aku tu? Ya, I want to run away from the people who make me uncomfortable. Hahaha. Seriously, bila dah sayang Matriculation life, mana la nak letak life kat university kat dalam hati aku. Ceh. Kalau ada pun hanya 10% je. Aku tak cakap Melaka ni tak best, orang yg aku kenal kat sini tak best, diorang okay je, cuma aku yang tak cool. Kann..

So, bila aku dah buat keputusan yang aku nak duduk sorang2, selalunya ada sesetengah orang , nak duduk dengan classmate sbb nanti boleh buat kerja sama2, makan sama2, tidur sama2, pergi kelas sama2. Aku rimas dengan semua tu. So, bila dah survive sorang2 ni, my social life pun berkembang sebab aku tetiba lahai jadi berani (mana datang ntah) tegur, sembang dengan orang yang baru aku kenal.

Then, nasib baiklah diorang ni okay. Yes, diorang cool. Hehe.. Aku suka sebenarnya kawan dengan orang yang single ni. Sebab diorang tak terikat dengan apa2 pun. Takde la aku dengar bunyi gedik gedik ayam (call pakwe maksudnya). Geli. Tapi aku tak kisah, nak buat macamana, dah orang tu nafsu cinta dia membuak. Tak boleh la nak paksa dia clash dengan pakwe sebab aku. Huh. Means that, aku menyampah tengok orang yg lain pakwe dia macam diorang tu dah kahwin. Semua benda dia buat satu hari tu, semua tu dia report kat pakwe dia, Bapak arhhh.

Stop! Okay, lagi satu bila aku dah survive hidup sensorang ni, My study dah jadi teratur tak macam dulu. Aku tak tahu kenapa meja belajar aku kemas. Hahaha. Selalunya after aku study, aku biarkan je kertas bersepah, pen berterabur n macam2 la. Sekarang, pergh senget sikit je susunan, aku tegakkan balik. Siapa pulak yang rasuk aku ni. Tapi takdela seteruk tu aku berubah. Selekeh tu ada lagi.

Okayyy.. itu jela  aku nak cerita. Ngantuk dah ni. Cuaca kat Melaka ni mendung mendung macam kat oversea dah. Sejuk. Tapi my cousin said kat Iowa dah 5 degree celcius. Itu belum Winter lagi. Agaknya negative,Alamatnya, balik je dia, orang hantar patung ais.

Dah dah , bila dah mengantuk, tahap merepek dia dah mencapai 500%.  Kalah Lucy. Bye. Assalammualaikum

Monday 24 February 2014

Menunggu

Assalammualaikum. Hi. Si Manis Si Masam

Ye. tengah tunggu course registration boleh dibuka. Entah la. Apa masalahnye..

Sambil menunggu. Aku curi-curi lihat foto-foto sekolah ku. Aduh. Rindu. Semuanya. Masam manis Tiga Rasa. Walaa. Aku tunggu tunggu juga. Cikgu Rosnani Husin aka Kak Ros. sshhh.. diam2 aja. Approve my request friend. Ye. Dulu aku tak sehangat Hotfm. Tapi hangat-hangat tauhu goreng je.

  Alahaii. Bro. Lagi beberapa hari je Bro. Aku kena balik Melaka. Teruskan perjuangan aku Bro. Semuanya kena kasi maintain. Awal-awal, aku dah ada cabaran pergi kelas sensorang sebab Ateng takde. Pergi me-rajin-kan diri volunteer utk MDS kat Jasin. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Amin.


Wednesday 19 February 2014

Kisah Si Wanita yang Gagah. Fynn Jamal

Assalammualaikum. and Hi hi hi..

  Kenapa ye aku nak cerita pasal si Kak Fynn. Memang aku suka tengok life wanita-wanita yang manyak kental. Give me inspiration to keep going on. Memang aku suka manusia yang suka berkata-kata dan mempunyai bait-bait yang sopan dan tersirat. Memang aku suka orang yang bijak guna bahasa. Tak macam aku le. Tapi diorang memang unik.

  Kak Fynn memang superb ganas dia zaman muda-muda. Gaya aku nak cerita ni macam aku kenal sangat dengan dia. Ceh.

 Dan disebabkan aku asyik follow citer dia kat Insta. Tengok life dia dengan anak dn husband. Macam bahagia. Dan memang bahagia. Masa tu le terlintas kat otak. Taknak demand sngat calon suami macamana daa. Jodoh biar Allah tentukan. Biar suami itu faham siapa wanita. Cukup.

 Dan disebabkan selalu dengar lagu Arjuna Beta dan Biar. Sangat menyentuh hati. Lagu Arjuna Beta mendodoikan aku tidur. Agaknya bila aku jauh dari mak. Aku dengar lagu itu. Agaknya bila aku jauh dari bapak. Aku dengar 'Biar'.

  Aku tak puja kak Fynn. Sebab dia hanya insan biasa. Dia juga hamba Allah.

  Dan dari semua ni. Aku nampak, kita tak boleh judge orang. Sedangkan diri sendiri pun terkedek-kedek mencari Tuhan. Jangan sibuk mencari dosa-dosa orang, dosa sendiri pun belum disembur Ridsect lagi. (Ayahanda den tengah main Ridsect. Sebab ketiak nyamuk bau busuk).

 Kak Fynn dulu yang ganas dan sekarang jadi ibu yang lembut di dalam, keras di luar. Siapa tahu, Allah bagi rezeki kat siapa2 je yang Dia mahu. Kehadiran Juna dalam hidup dia, adalah rezeki Allah.

 Kay. Itu je. Salam.

Thursday 13 February 2014

Dah Tak Minat?


Ye, dulu aku selalu obses lihat apa yang cikgu punya baju, aksesori, handbag, kasut, kereta.... Time persekolahan dulu. Tapi kenapa minat itu hilang masa kat universiti haa. Hairan.

Tak Kata-Kata

Assalammualaikum, kome.

  Bermula cuti semester ni. Permulaannya sangat suram sedih. Aku menjadi saksi atas segala yang terjadi. Memang betul, kita hanya sekadar merancang, hanya Dia yg menentukan. Memang semua berlaku tak terjangka. Dan bagai tak percaya, orang yang disayangi pergi tinggalkan kami. Memang semua akan menghadapi kematian. Bila aku lihat orang lain yang kehilangan, tak rasa apa-apa. Sekadar mengucap takziah yang aku mampu. Tapi bila aku sendiri yang menghadapinya, aku faham perasaan orang sebelumnya.

  Baru tadi aku on Facebook. Punya click and click. Terjumpa satu gambar. Satu rupa yang sudah lama aku tak lihat. Yang dulunya wajah itu lain, sekarang sudah berubah. Sudah..... Alhamdulillah, syukur Dia buka pintu hati pemilik wajah itu.

  Apahal, gue berkata indah? ahh.. lupakan saja..

Wednesday 22 January 2014

LTNS

Assalammualaikum..
Hi yo..

 LTNS? Long time no see. Got this line from TOP Doom DaDa. Kay cut!

Ni nak habaq hang semua. Cheq dah habis se sem. Saya punyala bercita cita nok amik lesen tapi.. haiiiiiyueawawa.. Tidak kesampaian.

  Tiba tiba rindu sama ahli rumah. Ye la kaann.. saya dh berjaya mengulangi kesilapan yg lalu ye pun. Tapi ada la sikit dikit nye pun slack dia.

  First time try update blog guna phong ni haa. Selalunya terketak ketak bunyi keyboard. Cerita pasal keyboard, aku teringat keinginan aku nak main games Red Alert. Sampai sekarang tak tercapai lagik.. haaa the sims pung..

  Lagi satu, aku ke-busy-an sekarang. Sbb tu nk amik lesen tk trcapai skrg. Aku temankan opah ku yg jaga atuk ku yg tak jugak sihat lagi. Kalian doakanlah atuk saya sihat ya dn cepat sembuh pun.

 Sekejap aku sekejap saya. That's me. Aku baru saja baca blog orang itu. Siapa? Adalaa.. takkan nak cerita kot bhai. Haiii simpan dalam hati saja..

 Fuh ayat dia mmbuatkan aku memerlukan seorang translator. Dlm keadaan tgh lapar dn nak cuba fahamkan bahasa dia. Mauk seteghes gue. Ye kan ye kan..

 Kay la.. nak tulis blog ni pun dh maleh. Bye

Monday 14 October 2013

Excited pekebendanya

Assalammualaikum,

  What's up yo. Sihat? (Rasa cakap sensorang coz followers ada 2 je. Terima kasih sbb setia. hahaha)
Alang-alang buka ILearn, lecturer pun tk post apa-apa lagi. Orang nak raya, mana la nak bukak benda alah nihh.. Mengharapkan masa cuti mid sem ni lama lah sikit.

  Nak cerita satu kisah means share sikit ilmu. Hari tu kan, Imam Muda Ashraf dtg ke KBM. Hehe,.. (apa hehe?!)

  Orang yang melakukan maksiat berpuluh-puluh tahun, akhirnya Allah bagi satu detik untuk dia berubah, akhirnya masuk ke Syurga. Tapi orang yang selalu kita nampak ia alim, tiba-tiba dia berubah, akhirnya ke Neraka. Dari sini kita nampak yang Allah SWT Maha Berkuasa dan layak untuk Dia pilih sesiapa saja menjadi ahli Syurga. Orang yang dulunya alim bertahun-tahun, kita tak boleh salahkan Allah SWT, salahkan diri sendiri. Allah SWT telah banyak memberi nikmat dan hidayah tapi kita yang lemah iman dan mudah terjatuh kepada godaan dan hasutan Syaitan akhirnya terjerumus ke Neraka. Sebab itulah kita kena berusaha mempertahankan keimanan kita. 

Dan lagi satu pengajarannya, kita sebagai manusia tak layak untuk menilai orang lain. Kita pandang orang tu macam jahat sangat, dan rasa kita ni lebih baik dari dia, padahal solat dan ibadah kita belum cukup lagi untuk masuk syurga.  Esoknya orang yang kita nilai itu, lebih baik daripada kita. Sebab itu jangan jaga tepi kain orang. Ingat tuh.

Dan saya nak share pasal satu ayat yang dilontarkan oleh YDP Rakan Intelek KBM.

    Allah itu adalah ArRahman ArRahim. Tiap kali kita memulakan sesuatu pekerjaan pasti kita mulakan dengan Basmalah,bukan? Dulu kita belajar makan dengan tangan, memang pada mulanya kita belajar dari tingkah laku mak bapak kita dulu, tapi kita jadi mahir makan dengan tangan. Nak tahu kenapa? Kerana Allah yang bagi ilham kepada kita. Secara simple kita nak faham, Allah lah yang ajar kita melalui hati. Allah bagi nikmat kepada sesiapa sahaja tak kira Muslim or Non Muslim.

Tapi bila difikirkan, alangkah tak malu betul orang yg diberi nikmat olehNya tapi melakukan perkara yang tak disukaiNya. Malu kan. Cubalah kita anggap Allah sebagai mak ayah pertama kita. Dia yang beri segala sumber perbelanjaan kita nak beli baju, buku, dan sebagainya. Ibu bapa kita sekarang ni pun, hanyalah sementara. Allah yang bagi kat kita. Kita hanya pinjam shaja dunia ini. Allah Maha Kekal dan boleh ambil bila-bila saja benda yang semntara ini daripada kita.

Itu je, taknak tulis panjang-panjang. Nanti kita yang tergelincir. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat jadi ahli Syurga. Aminn, Assalammualaikum.

Saturday 21 September 2013

Hidup

Assalammualaikum...

  Hehe.. Korang dh tau ke yang saya nih budak Universiti.. haha.. Ya, mmg tak dinafikan hidup di U ini bukan mudah. Perlu ada mentaliti yang kuat. Ibadah wajib jgn sesekali ditinggalkan. In Shaa Allah. Mmg setiap manusia ingin perubahan dlm diri. Menjadi seorang yang baik. Tapi bukan mudah ye. Banyak halangannya. Tapi jika kita mempunyai keimanan yang teguh dan betul-betul ikhlas utk diri, In Shaa Allah.. Hanya Allah saja yang tahu kemampuan kita untuk mengharungi ujian dariNya...

Dlm minggu nih.. Masih relax lagi.. Haha.. Baru mula kelas. So far so good.. Sofa murah.. (Tak lawak punn).
Tetibe la macam-macam perkara lama terlintas kat kepala otak nih... Abaikan.

Hah!! Law is a new subject to me. Teach by Dr Nasreen. I am glad to have a lec like her. Fully English. And half photocopy of Mdm Rosnani (english teacher at SMKAJ). Haih.. rindunya zaman sekolah. So she is come back to my life. Sigh.. Then, my MGT 417 lec, is Mdm Jun (nama pjg Noor Junaini). Young. Active. Kind but sometimes she looks fierce. Style macam hot. Pkai tudung kay. Sporting. That's All. Yes, Mandarin class. Sir Tay Tiow Sai. Kawan dgn TYT kat matric dulu, berbaloi rasanya. Haha.. Walaupun hantam habih.

*Susah la nak update blog kat sini. susah nak cari tempat private. Kbye.. Nanti kita sambung ceritanya.

Gambar? Nanti2 jelah.. tak biasa lagi kat tempat nih... View pun.. apa la yang ada.. kereta-kereta.. bangunan-bangunan je yg ada. Tak menarik langsung. Kalau bngunan kereta tu pelik-pelik. Boleh la kot.

Salamm.....

Monday 9 September 2013

Secara Rasmi Saya Budak UiTM KBM

Assalammualaikum...

  Sebab kenapa saya tak update blog masa cuti... Sebab kat rumah takde buat apa-apa. Rutin yg sama setiap hari.

Hari ni student lain bertungkus lumus pergi kelas.. Budak Marketing. CUTI. Hehehe.. Tpi first day tiba-tiba takde kelas.. Mau tak senang hati.. Tiba-tiba lak ada.. Tapi takpe, seniors yang cakap, tkde kelas hri Isnin. So, depa yg salah.. Hahaha.. Jahatnye..

Boring tahap giga, xde kerja apa-apa nk dibuat.

Oh ye, korang tau ke KBM tu apa?

-Kolej Bapak and Mak aku punya.. Ceh gurau je.. Kampus Bandaraya Melaka.
-City Campus yg trbesar di Asia. Percaya ke? Tipu je.. terbesar dlm kalangan City Campus Uitm di Malaysia jerr..
-Betul-betul di tengah bandar. Tengok la Google Map korang.
-Kos hidup di sini.. lebih kurang di Kuala Lumpur. Mohon la biasiswa or PTPTN.

Err.. Okayla setakat itu je..