Monday 24 February 2014

Menunggu

Assalammualaikum. Hi. Si Manis Si Masam

Ye. tengah tunggu course registration boleh dibuka. Entah la. Apa masalahnye..

Sambil menunggu. Aku curi-curi lihat foto-foto sekolah ku. Aduh. Rindu. Semuanya. Masam manis Tiga Rasa. Walaa. Aku tunggu tunggu juga. Cikgu Rosnani Husin aka Kak Ros. sshhh.. diam2 aja. Approve my request friend. Ye. Dulu aku tak sehangat Hotfm. Tapi hangat-hangat tauhu goreng je.

  Alahaii. Bro. Lagi beberapa hari je Bro. Aku kena balik Melaka. Teruskan perjuangan aku Bro. Semuanya kena kasi maintain. Awal-awal, aku dah ada cabaran pergi kelas sensorang sebab Ateng takde. Pergi me-rajin-kan diri volunteer utk MDS kat Jasin. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Amin.


Wednesday 19 February 2014

Kisah Si Wanita yang Gagah. Fynn Jamal

Assalammualaikum. and Hi hi hi..

  Kenapa ye aku nak cerita pasal si Kak Fynn. Memang aku suka tengok life wanita-wanita yang manyak kental. Give me inspiration to keep going on. Memang aku suka manusia yang suka berkata-kata dan mempunyai bait-bait yang sopan dan tersirat. Memang aku suka orang yang bijak guna bahasa. Tak macam aku le. Tapi diorang memang unik.

  Kak Fynn memang superb ganas dia zaman muda-muda. Gaya aku nak cerita ni macam aku kenal sangat dengan dia. Ceh.

 Dan disebabkan aku asyik follow citer dia kat Insta. Tengok life dia dengan anak dn husband. Macam bahagia. Dan memang bahagia. Masa tu le terlintas kat otak. Taknak demand sngat calon suami macamana daa. Jodoh biar Allah tentukan. Biar suami itu faham siapa wanita. Cukup.

 Dan disebabkan selalu dengar lagu Arjuna Beta dan Biar. Sangat menyentuh hati. Lagu Arjuna Beta mendodoikan aku tidur. Agaknya bila aku jauh dari mak. Aku dengar lagu itu. Agaknya bila aku jauh dari bapak. Aku dengar 'Biar'.

  Aku tak puja kak Fynn. Sebab dia hanya insan biasa. Dia juga hamba Allah.

  Dan dari semua ni. Aku nampak, kita tak boleh judge orang. Sedangkan diri sendiri pun terkedek-kedek mencari Tuhan. Jangan sibuk mencari dosa-dosa orang, dosa sendiri pun belum disembur Ridsect lagi. (Ayahanda den tengah main Ridsect. Sebab ketiak nyamuk bau busuk).

 Kak Fynn dulu yang ganas dan sekarang jadi ibu yang lembut di dalam, keras di luar. Siapa tahu, Allah bagi rezeki kat siapa2 je yang Dia mahu. Kehadiran Juna dalam hidup dia, adalah rezeki Allah.

 Kay. Itu je. Salam.

Thursday 13 February 2014

Dah Tak Minat?


Ye, dulu aku selalu obses lihat apa yang cikgu punya baju, aksesori, handbag, kasut, kereta.... Time persekolahan dulu. Tapi kenapa minat itu hilang masa kat universiti haa. Hairan.

Tak Kata-Kata

Assalammualaikum, kome.

  Bermula cuti semester ni. Permulaannya sangat suram sedih. Aku menjadi saksi atas segala yang terjadi. Memang betul, kita hanya sekadar merancang, hanya Dia yg menentukan. Memang semua berlaku tak terjangka. Dan bagai tak percaya, orang yang disayangi pergi tinggalkan kami. Memang semua akan menghadapi kematian. Bila aku lihat orang lain yang kehilangan, tak rasa apa-apa. Sekadar mengucap takziah yang aku mampu. Tapi bila aku sendiri yang menghadapinya, aku faham perasaan orang sebelumnya.

  Baru tadi aku on Facebook. Punya click and click. Terjumpa satu gambar. Satu rupa yang sudah lama aku tak lihat. Yang dulunya wajah itu lain, sekarang sudah berubah. Sudah..... Alhamdulillah, syukur Dia buka pintu hati pemilik wajah itu.

  Apahal, gue berkata indah? ahh.. lupakan saja..