Monday 14 October 2013

Excited pekebendanya

Assalammualaikum,

  What's up yo. Sihat? (Rasa cakap sensorang coz followers ada 2 je. Terima kasih sbb setia. hahaha)
Alang-alang buka ILearn, lecturer pun tk post apa-apa lagi. Orang nak raya, mana la nak bukak benda alah nihh.. Mengharapkan masa cuti mid sem ni lama lah sikit.

  Nak cerita satu kisah means share sikit ilmu. Hari tu kan, Imam Muda Ashraf dtg ke KBM. Hehe,.. (apa hehe?!)

  Orang yang melakukan maksiat berpuluh-puluh tahun, akhirnya Allah bagi satu detik untuk dia berubah, akhirnya masuk ke Syurga. Tapi orang yang selalu kita nampak ia alim, tiba-tiba dia berubah, akhirnya ke Neraka. Dari sini kita nampak yang Allah SWT Maha Berkuasa dan layak untuk Dia pilih sesiapa saja menjadi ahli Syurga. Orang yang dulunya alim bertahun-tahun, kita tak boleh salahkan Allah SWT, salahkan diri sendiri. Allah SWT telah banyak memberi nikmat dan hidayah tapi kita yang lemah iman dan mudah terjatuh kepada godaan dan hasutan Syaitan akhirnya terjerumus ke Neraka. Sebab itulah kita kena berusaha mempertahankan keimanan kita. 

Dan lagi satu pengajarannya, kita sebagai manusia tak layak untuk menilai orang lain. Kita pandang orang tu macam jahat sangat, dan rasa kita ni lebih baik dari dia, padahal solat dan ibadah kita belum cukup lagi untuk masuk syurga.  Esoknya orang yang kita nilai itu, lebih baik daripada kita. Sebab itu jangan jaga tepi kain orang. Ingat tuh.

Dan saya nak share pasal satu ayat yang dilontarkan oleh YDP Rakan Intelek KBM.

    Allah itu adalah ArRahman ArRahim. Tiap kali kita memulakan sesuatu pekerjaan pasti kita mulakan dengan Basmalah,bukan? Dulu kita belajar makan dengan tangan, memang pada mulanya kita belajar dari tingkah laku mak bapak kita dulu, tapi kita jadi mahir makan dengan tangan. Nak tahu kenapa? Kerana Allah yang bagi ilham kepada kita. Secara simple kita nak faham, Allah lah yang ajar kita melalui hati. Allah bagi nikmat kepada sesiapa sahaja tak kira Muslim or Non Muslim.

Tapi bila difikirkan, alangkah tak malu betul orang yg diberi nikmat olehNya tapi melakukan perkara yang tak disukaiNya. Malu kan. Cubalah kita anggap Allah sebagai mak ayah pertama kita. Dia yang beri segala sumber perbelanjaan kita nak beli baju, buku, dan sebagainya. Ibu bapa kita sekarang ni pun, hanyalah sementara. Allah yang bagi kat kita. Kita hanya pinjam shaja dunia ini. Allah Maha Kekal dan boleh ambil bila-bila saja benda yang semntara ini daripada kita.

Itu je, taknak tulis panjang-panjang. Nanti kita yang tergelincir. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat jadi ahli Syurga. Aminn, Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment