Thursday 27 August 2015

Whaddup!

Salam 1 Malaysia.

 This is not a blog about politic. Yea, tapi aku nak jugak selitkan sedikit pasal negara tercinta ini, iaitu Malaysia. Yes, without Malaysia, nenek moyang aku takde tempat nak melahirkan anak cucu cicit dia. Tak wujudlah aku dan juga blog ni. Asalkan update je blog, kata blog ni dah berhabuk, bukan, tangan aku ni yang dah berhabuk. Dah lama tak menaip smpai semua tulang tangan aku dah berkarat.
Jangan kata aku ni berat tulang ye, banyak benda nak dibuat daripada update kat blog ni.

 Makin tua makin banyak tanggungjawab kita. Belum masuk kerja lagi, dah ada jawatan, lagi bertambah tanggungjawab. Sekarang tanggungjawab aku adalah sebagai seorang pelajar dan satu lagi jawatan yang takkan luput iaitu sebagai seorang anak. Jawatan yang aku paling nantikan sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu. Huhu.. Okay! Malas nak cerita pasal cerita jiwang ni, sebab aku dah banyak kali clash dengan crushes. Sekarang aku benci dekat orang yang bagi harapan kosong kat aku. HAHAHA. Kawan aku kata "Jodoh kau ada tu, dia tengah perhatikan, jangan risau" Dalam hati aku jawab, bengong dia tu nak perhatikan aku lama2 buat apa. Tapi sebenarnya, aku tak ready lagi nak mempunyai seorang teman sehidup semati, cehwah. Night still young, enjoy ar bila single ni. Takde la orang nk control kau ke jealous kerana kau ke apa ke. Okay bye.

 Sekarang aku lack of motivation sikit. Dari segi kehidupan dan agama. Orang lain lihat aku macam bahagia, nampak perfect, ke aku yang perasan?. Tapi ye la, kadang2 apa yang aku buat kat dunia ni, aku takut segala kelakuan aku boleh menarik aku ke neraka. Hamik kau, Ye la, sekarang aku rasa aku ni lain macam, tak macam dulu, yang innocent je lebih, nerd, mcam bodoh2 tak tau pasal apa2 pun kat dunia luar ni. Bila kita dah banyak discover banyak perkara, kita dah rasa diri kita ni hebat. Sebenarnya itu yang paling bodoh, paling bodoh dari orang yang bodoh biasa2 je. Dah kenapa aku ni? Contohnya, si polan yang berjawatan besar, baru dapat jawatan tapi belum menyumbang apa2 yang luarbiasa terhdap sesuatu organisasi, dah mula rasa sombong. Hilang.