Wednesday 19 February 2014

Kisah Si Wanita yang Gagah. Fynn Jamal

Assalammualaikum. and Hi hi hi..

  Kenapa ye aku nak cerita pasal si Kak Fynn. Memang aku suka tengok life wanita-wanita yang manyak kental. Give me inspiration to keep going on. Memang aku suka manusia yang suka berkata-kata dan mempunyai bait-bait yang sopan dan tersirat. Memang aku suka orang yang bijak guna bahasa. Tak macam aku le. Tapi diorang memang unik.

  Kak Fynn memang superb ganas dia zaman muda-muda. Gaya aku nak cerita ni macam aku kenal sangat dengan dia. Ceh.

 Dan disebabkan aku asyik follow citer dia kat Insta. Tengok life dia dengan anak dn husband. Macam bahagia. Dan memang bahagia. Masa tu le terlintas kat otak. Taknak demand sngat calon suami macamana daa. Jodoh biar Allah tentukan. Biar suami itu faham siapa wanita. Cukup.

 Dan disebabkan selalu dengar lagu Arjuna Beta dan Biar. Sangat menyentuh hati. Lagu Arjuna Beta mendodoikan aku tidur. Agaknya bila aku jauh dari mak. Aku dengar lagu itu. Agaknya bila aku jauh dari bapak. Aku dengar 'Biar'.

  Aku tak puja kak Fynn. Sebab dia hanya insan biasa. Dia juga hamba Allah.

  Dan dari semua ni. Aku nampak, kita tak boleh judge orang. Sedangkan diri sendiri pun terkedek-kedek mencari Tuhan. Jangan sibuk mencari dosa-dosa orang, dosa sendiri pun belum disembur Ridsect lagi. (Ayahanda den tengah main Ridsect. Sebab ketiak nyamuk bau busuk).

 Kak Fynn dulu yang ganas dan sekarang jadi ibu yang lembut di dalam, keras di luar. Siapa tahu, Allah bagi rezeki kat siapa2 je yang Dia mahu. Kehadiran Juna dalam hidup dia, adalah rezeki Allah.

 Kay. Itu je. Salam.

No comments:

Post a Comment