Sunday 10 March 2013

Cinta yang Kekal

Assalammualaikum,


 Saudara saudari cikebom cikebom... Saya nak kongsi tentang apa yang saya dapat dari majlis ceramah semalam. Wow, sangat best dan kelakar ustaz yang beri ceramah tu.

 "Setia Hujung Nyawa"

- Rasulullah pernah bertanya kepada sahabatnya, Umar. Adakah engkau mencintai aku lebih dr harta, isteri, anak-anak mu? Dan si sahabat menjawab, Ya aku mencintai mu lebih dari segala-galanya. Rasulullah bertanya lagi, adakah kau mencintai diri mu lebih dari aku? Si  sahabat menjawab tidak, aku lebih mencintai kau dari diri ku sendiri.

-Jika kita mencintai Rasulullah dari segala-galanya, maka Allah akan mencintai diri kita.

Q&A

1. Macamana kalau kita suka kat seseorang tu, tapi kita tak tau apa no. tel dia, dari mana asalnya atau apa2 pun berkaitan dgn dia. Lagipun kita taknak fikir pasal dia pun.

 Ustaz jawab: Beristighfar banyak2, selawat keatas Nabi dan sentiasa berzikir, sehingga kita lupa tentang dia. Sebab kita rasa, masa untuk bercinta tak sesuai dgn keadaan sekarang(masih belajar)

2. Lagi satu jangan menghampiri zina, Faham konsep tuh.. Jngan hampiri, maksudnya mmg betul2 haram zina tu. sentuh pun tak boleh. Kalau tunang pun, kita takleh sentuh si dia lagi shingga betul2 da berkahwin sah jadi suami isteri.

3.Lagi satu, hati2 kalau,  si lelaki ckap "Temah, jom kita kahwin".. dan Temah cakap "Ya, saya setuju" .. Oleh itu kita dikira sudah bertunang. (Actually, baru tahu.. Rupa2nya boleh jadi camtu ek)

Err. tu je Ha ! Yang perempuan, aurat kita semua kecuali muka,tapak tangan dan tapak kaki.. jadi pakai lah stokin.. jangan pakai baju yg ketat ikut badan... Kita dah tutup semua, tapi masalahnya adalah kita tak tutup kaki dengan stokin. InshaaAllah,, kita cuba. Amalkan, dan kita akan jadi biasa dgn perubahan. Berubah ke arah kebaikan. Dan lebih baik InshaaAllah...

Ustaz tuh, beliau pandai menjahit. Jahit jubah yang menutup aurat, telekung, jubah lelaki dan lain2.
Kisahnya,

"Belajar agama ni ada ke kerja pada masa depan?"
"Ada.."
"Saya dulu dapat tawaran belajar ke Mesir dan Syria, saya konfius mana satu nak masuk. Solat sunat semua pa pun.. Akhirnya masuk GIAT MARA. ha, nampak tak tuh... siapa kata beljar agama tak de dapt kerja.. Lagi satu kita boleh mengislamkan kemahiran yang kita belajar tuh, supaya kat akhirat nanti kita mudah jawab bahawa kita dah mengislamkan kemahiran seperti menjahit baju yang tutup aurat. Main bola pun boleh, jadi kita mengislamkan kemahiran main bola kita tuh. Pakai seluar panjang yang tutup lutut, tak abaikan solat 5 waktu ketika latihan atau bermain. Itulah yang terbaik. Kita orang Islam wajib mengislamkan di sekeliling kita, "

Ingat tuh, bukan susah cuma payah. Payah means yang kita malas nak buat semua tu disbbkan kemalasan, kita boleh buat hal tu sbb kita tahu cuma MALAS. Kalau susah, kita tak tahu langsung nak buat. Ish..ish.. tak elok kot jadi camtu. Kena berusaha...

Okay Assalammualaikum...

No comments:

Post a Comment